BIBD Wish Grand Final Promo

AB on da move

Latest Update from Ministry of Health (B. Melayu)

Peningkatan jumlah kes-kes baru Influenza A(H1N1) dalam dua hari kebelakangan ini:-

  • Pada 30hb Jun 2009, terdapat 10 kes-kes baru (dari 32 kes pada 29 Jun 2009 menjadi 42 kes pada 30hb Jun 2009)
  • Pada hari ini, 1hb Julai 2009, terdapat 24 kes-kes baru (dari 42 kes pada 30hb Jun 2009 menjadi 66 kes pada 1hb Julai 2009)
  • Kajian epidemiology menunjukkan kes-kes Influenza A(H1N1) setakat ini (jam 3.00 petang) adalah seperti berikut;
  • Warganegara kes sehingga 1hb Julai jam 3.00 petang ialah terdiri daripada 49 warga Negara Brunei Darussalam dan 11 warga negara asing.

Pembahagian Daerah sehingga sehingga 1hb Julai jam 3.00 petang ialah;

  • Brunei Muara : 41
  • Belait : 16
  • Temburong : 4
  • Tutong : 4
  • Transit : 1

Sejarah jangkitan sehingga 1hb Julai 2009 ialah;

Mempunyai sejarah perjalanan – 30 kes iaitu:

  • London, United Kingdom – 9 kes
  • Kuala Lumpur – 8 kes
  • Kota Kinabalu – 6 kes
  • Johor – 1 kes
  • Lawas – 1 kes
  • Singapura – 2 kes
  • Republik Filipina – 2 kes
  • Laos – 1 kes
  • Melalui kontak – 24 kes

Belum diketahui kerana masih dalam penyiasatan – 12 kes

Kementerian Kesihatan juga memaklumkan kemungkinan berlakunya (community transmission) dengan seorang kanak-kanak perempuan berumur 15 tahun yang tidak mempunyai sebarang sejarah perjalanan keluar negara ataupun kontek dengan lain kes.

Kementerian Kesihatan pada masa ini meneliti untuk memperbaharui “management protocol” yang ada seperti berikut;

  1. Memperkukuhkan rawatan di rumah bagi kes-kes tertentu iaitu:-
    • Mild cases
    • Suitability of home treatment to ensure that there are no close contact who have chronic diseases or pregnant women.
  2. Kemungkinan menjadikan Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Tutong sebagai Pusat Pengasingan Influenza A (H1N1) sepenuhnya.  Ini adalah merupakan langkah kawalan kerana pesakit-pesakit Influenza A(H1N1) ini perlu dirawat secara berasingan.

Sebagai langkah awal untuk memastikan kesinambungan perkhidmatan di hospital tersebut, langkah-langkah berikut telahpun dibuat:

  • Perkhidmatan-perkhidmatan pesakit luar kini dipindah ke Pejabat Kesihatan Tutong,
  • Perkhidmatan klinik-klinik pakar seperti Klinik Pakar Perubatan (PHY), Dermatologi, Perbidanan dan Sakit Puan dan Pediatrik juga akan dipindah keluar ke Pejabat Kesihatan Tutong dan mula beroperasi pada hari Sabtu, 4hb Julai 2009,
  • Perkhidmatan Klinik Pakar OMF, ENT dan Oftalmologi akan dipindah ke Banglo Blok B dan C, Hospital Pengiran Muda Mahkota dan mula beroperasi pada hari Sabtu, 4hb Julai 2009

Kementerian Kesihatan mengambil maklum bahawa penyakit Influenza A (H1N1) ini adalah “mild”.    Akan tetapi kita perlu meningkatkan kewaspadaaan kerana:

  • Influenza A (H1N1) ini mudah berjangkit dan ini mengakibatkan ramai orang akan jatuh sakit. Ini setentunya akan menjejaskan kehidupan seharian orang ramai;
  • Kemungkinan terjadinya “mutation” bagi virus Influenza A (H1N1) ini kepada virus yang lebih merbahaya;
  • Masih belum ada vaksin bagi mencegah jangkitan Influenza A (H1N1).

Memandangkan kepada peningkatan kes yang dilaporkan, Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai agar meningkatkan kewaspadaan dan untuk tidak mejadi “complacent”. Bagi mereka yang baru pulang dari negara-negara yang terjejas, dalam masa 7 hari yang lepas dan mempunyai simptom penyakit, supaya terus berjumpa doktor di pusat-pusat kesihatan atau hospital. Selain itu disarankan agar mengurangkan aktiviti sosial dan tempat-tempat yang sesak dalam masa tujuh hari yang sama seperti:

  • Tempat-tempat keramaian
  • Pusat membeli-belah
  • Pasar-pasar
  • Gerai-gerai
  • Restoran
  • Panggung wayang
  • Kolam renang dan lainnya

Orang ramai diingati sekali lagi untuk membantu mencegah jangkitan pernafasan dengan mengamalkan kebersihan diri yang baik, seperti berikut:

  • Cuci tangan kerap kali dengan menggunakan sabun dan air, dan mengeringkannya menggunakan tuala pakai buang atau alat pengering tangan.
  • Gunakan tisu tangan pakai buang yang mengandungi alkohol atau gel pembasmi kuman boleh digunakan jika tiada kemudahan mencuci tangan.
  • Tutup hidung dan mulut apabila bersin atau batuk dan buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah.
  • Elakkan mendampingi orang yang mempunyai simptom influenza.
  • Elakkan mengunjungi tempat-tempat yang sesak.
Related Posts with Thumbnails
Share and Enjoy:
  • Print
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google Bookmarks
  • PDF
  • Technorati
  • Tumblr
  • Twitter
Did you like this post? If so, why not buy Reedz a coffee?
It helps keep him going with more great content for your enjoyment!

This website uses IntenseDebate comments, but they are not currently loaded because either your browser doesn't support JavaScript, or they didn't load fast enough.

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes

Premium Partners

Mecatronic Brunei
Brunei Used Cars
Animation (Orange)
Ranoadidas
BAAA
Advertise on AB.org
BPS Symposium 2010

Ruai Lounge

Telbru Hop and Shop!
Shop at QQestore!

AB Fanpage

anakbrunei.org on Facebook

Link Love

Follow anakbrunei on Twitter

Show some love. Copy the code above to place an AB button on your site

Recent Comments

Clickables




















View My Stats



AB's Gadget Recommendations

These products get my thumbs up!
Click on the item for more info!

Panasonic Lumix DMC-LX3
Panasonic Lumix DMC-LX3

I digg, therefore I am

Archives